Hai readers (:

Hai readers (:

Tuesday, December 31, 2013

Rezeki dikongsi bersama

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hai semua.
haa kali nie aku nak bgtau korang.

aku diterima menjadi ahli Blooggers Dot Com,
hehe alhamdulillah.
thanks Blooggers Dot Com.

nak daftar.?
senang jee.

daftar adalah percuma.
tiada caj.

perkara yg patut anda ade :
1. blog
2. LIKE page Blooggers Dot Com.
   pergi link nie : Blooggers Dot Com
3. private message/chatbox butiran anda
   kepada page tersebut seperti,
     
      Daftar ahli

      Nama anda :
      email yg anda selalu pakai/guna :
      and link blog anda :


haa senang jee kan hehe.
mari jadi ahli blogger !


and untuk pengetahuan anda semua.

komuniti Blooggers Dot Com telah mengadakan
pelbagai lawatan dan percutian.

DAN semua adalah P E R C U M A !

bukan tuu sahaja,
ade giveaway,
pertandingan setiap minggu dengan
hadiah-hadiah yg pasti menarik perhatian anda.

salah satunya aku menang tiket AIM20 hehe.



yg mane.?
tuu no.1 tuu hehe.
percaya dah.?
mestilah kena percaya.
taktipu mehh.
nie bukti lagi satu.



dengar macam best kan.?
eh mestilah BEST !

jadi,
ape tunggu lagi.
LIKE page Blooggers Dot Com jom !



semoga kalian diberkati ALLAH.

berjumpa lagi di slot lain,
Salam dari Nurul Nadiah.

Tuesday, December 24, 2013

Bangkitlah disaat kau rebah

Assalamualaikum dan salam sejahtera penghuni dunia.

Bertemu kembali kita,

moga sihat walafiat.

Sebagai manusia,
hamba kepadaNya.

Mungkin ada di kalangan kita pernah rebah dikala

yg lain berpusu-pusu mencari rezeki, atau sedaya upaya
mencapai target tuk mengubah kehidupan mahupun nasib
masing-masing.
Betulkan.?

Tipu kalau takde yg pernah alami kan hehe.


Sehinggakan akhirnya kecundang.

Terasa betapa lemahnya diri nie.
Terasa tiada peluang lagi tuk berjaya.
Terasa bla bla bla ...

HENTIKAN DRAMATIK INI !


Awat hang kalut sangat.

Jangan bwt diri tuu lifeless sangat.
okay.?

Haa barbalik pada tajuk.


Wahai anda sekalian yg dihormati.

Memanglah hidup nie ade pasang surutnya.
Sebab tuu kita hidup nie biar profesional.
open sikit minda tuu.

Jangan kata, " ish, aku nie macam tak boley jee berjaya.

aku bukanlah pandai mana pun "
Memanglah otak set kata tak boley bwt.

Biarpun kita rebah,

ade sebabnya ALLAH bagi ujian kat hang pa semua.
Tuu tandanya Dia sayang kat kita.
Ingat yee.

( loghat mana plak datang nie hehe )


Cuba tengok eh.

Tak semestinya yg pandai, terus berjaya.
Tak semestinya yg berjaya, sentiasa berjaya.
Tak semestinya yg hidup susah, tak boley berjaya.
Tak semestinya yg gagal akan gagal selamanya.

T A K !


Setiap perancanganNya ada hikmah.
fikir balik.
SesungguhNya, Dia Maha Perancang.

Okay laa.

Korang semua check balik,
ape yg silap bila bwt sesuatu tuu
mesti kadang tak menjadi.
Selalu jee ade masalah.

biasanya prinsip kena tetap, macam nie :


  • 1 -Diri kita, misalnya cara bertutur, pakaian, etc.
  • 2 -Niat kerana ALLAH.
  • 3 -Perkara wajib jaga tak.
  • 4 -Bwt sesuatu tuu ikhlas kee tak.
  • 5 -Semangat biar ada, kena consistent.
  • 6 -Nak cemburu biar bertempat yee.
  • 7 -Sentiasa bersyukur.
  • 8 -Check iman.
  • 9 -Tujuan bwt sesuatu.
  • 10 -Ibu bapa redha kee tak.
  • 11 -Matlamat untuk ape.
  • 12 -Jangan kedekut ilmu, rezeki, harta, etc.
  • 13 -Cuba ade sikap optimist.
Optimist tuu ape.?
Kira sentiasa bersangka baik.
Baru ALLAH redha dengan segala yg kita lakukan.

atas tuu contoh-contoh laa.
ade banyak lagi.
yg penting niat tuu baik and ikhlas.

Aku pun bukanlah golongan yg bijak pandai.

Bukanlah yg sentiasa berjaya.
Namun ada kalanya rebah jgk.

Lumrah kehidupan seseorang manusia.


Akan tetapi,

segeralah " detect and take action " jika terasa
sesuatu yg anda mungkin telah atau sedang melakukan
perkara yg tak enak didengari atau dipandang oleh masyarakat.

Supaya orang sekeliling kita senang berkawan dan berinteraksi

dengan kita.

Semoga segala urusan kita didunia dan akhirat akan sentiasa

diberkati dan diredhai ALLAH.
Amin, In Shaa ALLAH.

Sebelum mengakhiri slot nie,

ade sedikit hadis riwayat muslim.
Semoga berjumpa lagi hehe.


ORANG MUKMIN YANG DIUJI ALLAH S.W.T.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan
akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t,
sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah
dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun." 
(Hadis riwayat Imam Tirmizi). 

Kesimpulan Hadis: 

1- Sabar menghadapi cubaan boleh menghapuskan segala dosa. 
2- Cubaan yang paling dahsyat adalah cubaan yang dihadapi
oleh para nabi kemudian orang-orang soleh seterusnya
ke bawah secara berturut-turut

SETIAP UMAT ADA UJIANNYA

Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya:

Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya

dan ujian umatku adalah harta kekayaan. "
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).  


Kesimpulan Hadis:  
Allah s.w.t menjadikan harta sebagai perhiasan
kehidupan dunia dan menjadikan fitrah kejadian
manusia lebih cenderung kepada harta dan suka mengumpul harta,
oleh yang demikian umat Islam hendaklah berhati-hati
di dalam mengumpulkan harta di mana dia hendaklah
mengumpulkan harta yang halal dan menjauhkan diri dari
mengumpulkan harta yang haram. 


Sumber daripada : http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/koleksihadith.htm

Saturday, December 21, 2013

Ruang untuk aku berbicara



Assalamualaikum readers dan salam sejahtera.


Hai hai disana.

Terima kasih sebab follow blog aku.
mesti korang tertanya-tanya siapakah empunya blog.

dulu aku punyai blog sama macam kalian.
mana blog lama.?
kenapa bwt baru.?

azam baru, blog pun barulah kan hehe.
actually sebab yg lama entry takbest.
yelaa, masa zaman sekolah.
mase tuu mane ade point nak type.
merapu jee haha.

so,
daripada delete entry lama,
baik delete jee account tuu
and bwt baru hihi.

blog lama telah aku kuburkan.

bak kata pepatah,
" usah dikenang barang yg sudah lepas "
eh pepatah kee nie hehe.

mengapa gelar sebagai 'aku'.?
saja.
nama pun blog,
kan macam diari.

moga apa sahaja coretan ditulis,
memberi manfaat.
semoga kalian terhibur.

aku.
bukanlah penulis karya,
bukanlah pembaca novel,
bukanlah sang penghibur.
aku adalah aku.
hamba kepadaNya.

aku empunya nama,
Nurul Nadiah.
menetap di Kuala Lumpur,
dan merupakan anak jati sejak 1992.
tahun dimana aku dilahirkan,
di Hospital Besar Kuala Lumpur.
yee itulah aku.

mungkin kini aku masih jejak di muka bumi,
mungkin jgk aku pergi tidak akan kembali.
ajal maut ALLAH tentukan.

dan kita sebagai hambaNya,
lakukanlah apa yg diperintahkanNya.
semoga kita mendapat perlindungan dariNya sentiasa,
amin.

keistemewaan.?

aku tidak memiliki apa-apa keistimewaan.
namun,
aku punyai cita-cita,
semangat,
matlamat,
harapan,
usaha.

seperti kalian semua.

dan aku tekad !

semoga,
ilmu yg aku dapat,
aku akan kongsikan kepada sahabat yg lain,
kepada adik-adik aku,
family aku,
dan saudara saudari di luar sana.

In Shaa ALLAH.

semoga aku dan kalian diluar sana,
tidak alpa dengan duniawi.

kerana hidup hanya sekali,
so gunakan masa sebaik mungkin.

maka berakhirlah sampai disini saja,
coretan aku.

semoga berjumpa lagi di slot lain,
Salam dari Nurul Nadiah.